Ikuti perjalanan Adam dalam memahami fenomena perubahan iklim global yang kian mengancam bumi kita. Dari punca pencemaran hingga kesan kemarau yang panjang, buku ini menyuntik kesedaran penting buat generasi muda untuk menyayangi dan memelihara alam sekitar.
Промпт генерации(Войдите, чтобы увидеть полный промпт)
*** BUAT VIDEO NI ADA AUDIO MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU . BUAT DURASI VIDEO INI 3 MINIT . PASTIKAN ADA SUARA DAN PERGERAKAN ANIMASI DALAM VIDEO TERSEBUT YANG MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU . TAJUK VIDEO : PERUBAHAN IKLIM GLOBAL . Perubahan iklim global Merujuk kepada perubahan jangka panjang dalam corak iklim bumi secara keseluruhan termasuk suhu, taburan hujan, kelembapan, angin dan fenomena cuaca lain. Perubahan iklim global ini boleh mengakibatkan pelbagai kesan yang memberi ancaman kepada kehidupan manusia dan alam sekitar. Punca berlaku perubahan iklim global : Punca pertama ialah PENINGKATAN PENGGUNAAN KENDERAAN BERMOTOR. Kenderaan bermotor membebaskan banyak gas karbon dioksida, nitrogen oksida dan karbon monoksida yang memerangkap haba serta meningkatkan suhu global. Kesesakan lalu lintas meningkatkan pelepasan gas pencemar dan mempercepatkan perubahan iklim global. Pertambahan bilangan kenderaan yang meningkatkan permintaan terhadap bahan api fosil telah mendorong aktiviti perlombongan dijalankan sekali gus memburukkan perubahan iklim global. Punca kedua ialah PEMBAKARAN TERBUKA. Aktiviti seperti pembakaran sampah, jerami padi atau ladang tebu secara terbuka melepaskan karbon dioksida, karbon monoksida dan partikel halus . Sering dilakukan di kawasan luar bandar kerana kos pelupusan sisa yang rendah. Asap dan haba daripada aktiviti pembakaran tersebut meningkatkan suhu serta menjejaskan kualiti udara. CABARAN DALAM MENGATASI PERUBAHAN IKLIM GLOBAL : Cabaran pertama ialah KEGIATAN INDUSTRI YANG SUKAR DIKAWAL. Industri berat seperti keluli, simen dan kimia menyumbang kepada pelepasan karbon yang besar. Pemantauan terhadap pencemaran industri di negara membangun pula kurang tegas. Tekanan daripada pihak industri menyebabkan kerajaan sukar melaksanakan peraturan bagi mengawal kesan negatif kegiatan industri terhadap alam sekitar. Cabaran kedua ialah KEBERGANTUNGAN TINGGI KEPADA BAHAN API FOSIL. Banyak negara termasuk Malaysia masih bergantung kepada bahan api fosil sebagai sumber tenaga utama kerana murah dan mudah diperoleh. Peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui memerlukan kos yang tingi. Negara yang bergantung kepada eksport bahan api fosil menghadapi risiko ekonomi jika berhenti menggunakannya. KESAN PERUBAHAN IKLIM GLOBAL : Kesan pertama ialah PENINGKATAN SUHU MELAMPAU. Malaysia berdepan dengan peningkatan suhu yang melampau melebihi 37C terutamanya ketika fenomena El Nino. Suhu harian semakin meningkat, terutamnya di kawasan bandar sehingga mencetuskan gelombang haba dan ketidakselesaan. Keadaan ini sering berlaku ketika taburan hujan berkurangan menyebabkan cuaca lebih panas berbanding biasa. Kesan kedua ialah KEMARAU YANG LEBIH PANJANG . Suhu dunia yang semakin meningkat telah mengubah corak taburan hujan dan menyebabkan musim kering berlaku dalam tempoh yang lebih lama. Fenomena pemanasan global dan El Nino yang semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim turut menyebabkan proses kemarau berpanjangan. Perubahan iklim global telah menjejaskan pola monsun di Malaysia, mengakibatkan musim kemarau semakin panjang dan sukar diramalkan.